Nama Kursus : Bahasa Jepun 1 Kod Kursus : BBJ2401 Semester : Pertama 2011/2012 Farah Tajuddin Guru Bahasa Jabatan Bahasa Asing Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia Email: farahtaj@fbmk.upm.edu.my
Jadual Kursus Kuliah : 18 Jun – 11 Ogos 2011 Peperiksaan Pertengahan : 12 – 14 Ogos 2011 Kuliah : 15 Ogos – 6 Okt 2011 Peperiksaan Akhir : 7 – 9 Okt 2011 Kuliah Bersemuka Kedua akan diadakan selepas Peperiksaan Pertengahan. Masa dan tarikh akan diumumkan kemudian.
Penilaian Ujian Bertulis Peperiksaan Pertengahan : 25% Peperiksaan Akhir : 40% Tugasan Tugasan 1 (Huruf) : 15% Tugasan 2 (Esei) : 20%
Tugasan 1 (Huruf) 15% a) Tulis huruf-huruf HIRAGANA pada m/s 13, 14, 15, 16, 19, 22, 27, 28, 29 dan 30. b) Tulis huruf-huruf KATAKANA seperti di m/s 42, 43, 44, dan 45. Buat salinan fotokopi m/s diatas dan tulis semula di dalam kotak menggunakan pen berwarna biru. Tarikh hantar : 2 minggu SEBELUM Peperiksaan Pertengahan.
Tugasan 2 (Esei) 20% Tulis esei ringkas bertajuk 「せんげつ」dengan min.150 huruf. Esei hendaklah ditulis menggunakan pen (hand-written). Tuliskan jumlah huruf di bawah esei. Cara pengiraan huruf: せんげつ : 4 huruf びょういん : 5 huruf Tarikh hantar : 2 minggu SEBELUM Peperiksaan Akhir.
Peperiksaan Pertengahan (20%) Merangkumi Unit 1-6 (ucap selamat, kata bilangan, kosa kata, kata tanya, kata penanda (particles), kata penunjuk, tatabahasa).
Peperiksaan Akhir (40%) Merangkumi Unit 7-10 (waktu, hari, masa, kara/made, kala lampau (past tense), bukan kala lampau (non-past tense), penanda arahへ/pengangkutanで/tarikhに/objekを/tempat peristiwaで).
Pengenalan Tulisan Bahasa Jepun mempunyai 3 bentuk tulisan iaitu HIRAGANA, KATAKANA, dan KANJI. HIRAGANA - 46 huruf asas, huruf fonetik (bunyi), digunakan untuk menulis perkataan jepun, penanda, akhiran pada kata dasar adjektif/kerja dan menandakan kala (tense).
KATAKANA – 46 huruf asas, huruf fonetik (bunyi), digunakan untuk menulis kata pinjam (dari bahasa lain), kata asing (spt nama negara/ nama orang yang bukan orang Jepun), onomatopea (spt bunyi binatang) dan memberi penekanan pada sesuatu kata khusus.
KANJI – 2000 aksara Kanji asas (cukup untuk membaca surat khabar), huruf piktograf (makna), kanji melambangkan unsur makna bagi kata nama, kata dasar untuk kata adjektif dan kata kerja. Kanji boleh ditulis dalam Hiragana.