Download presentation
Presentation is loading. Please wait.
Published byYenny Dharmawijaya Modified 約 6 年前
1
BAHASA JEPUN 2 (BBJ 2402) Semester Pertama 2015/2016
2
PENSYARAH KOD KURSUS : BBJ 2402 NAMA KURSUS : BAHASA JEPUN II
NAMA PENSYARAH : DR MUHAMMAD ALIF REDZUAN NO. TEL PEJABAT : ALAMAT : JABATAN BAHASA ASING, FAKULTI BAHASA MODEN & KOMUNIKASI, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG, SELANGOR.
3
OBJEKTIF MENGINGATI KOSA KATA YANG DIGUNAKAN DALAM PERBUALAN HARIAN.
MEMAHAMI PERBUALAN HARIAN YANG MUDAH MELALUI AKTIVITI MENDENGAR. MEMAHAMI PENGGUNAAN DAN PERBEZAAN PENANDA. MEMAHAMI PETIKAN PENDEK MELALUI AKTIVITI MEMBACA. MEMBINA AYAT ADJEKTIF, AYAT NAMAAN DAN AYAT NAMA SIFATAN MUDAH DENGAN MENGGUNAKAN KALA YANG BETUL. MENULIS KARANGAN PENDEK TENTANG KEHIDUPAN HARIAN.
4
PENILAIAN UJIAN BERTULIS UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER
MERANGKUMI UNIT 1, 2 DAN 3. MARKAH : 25 % PEPERIKSAAN AKHIR MERANGKUMI UNIT 4, 5 DAN ULANG KAJI MARKAH : 40 %
5
TUGASAN TUGASAN MENULIS UNIT 1 DAN 2 MARKAH : 15 % TUGASAN MEMBACA
6
UJIAN & PEPERIKSAAN AKHIR
UJIAN PERTENGAHAN SEMESTER Ujian ini akan mencakupi Unit 1, 2 dan 3. Untuk ujian ini, anda perlu memahami kosa kata dan dapat membina ayat yang dipelajari dalam ketiga-tiga unit ini. Anda juga diuji tentang kebolehan membaca dan menulis ayat dalam HIRAGANA dan beberapa perkataan dalam KATAKANA. PEPERIKSAAN AKHIR Ujian ini mencakupi Unit 4, Unit 5 dan Bahagian Ulangkaji. Format peperiksaan akhir sama seperti ujian pertengahan semester. Pada peperiksaan ini, anda dijangkakan telah menguasai kosa kata dan struktur ayat daripada modul BBJ 2402
7
TUGASAN TUGASAN MENULIS
Buat salinan foto lembar “Latihan Menulis” pada Unit 1 dan Unit 2. Kemudian tulis karangan pendek berdasarkan topik yang diberikan pada lembar yang difotokopi. Anda hendaklah menulis satu HIRAGANA pada setiap petak sebagaimana contoh yang ditunjukkan pada halaman 17 Unit 1. Cth: ちちはかいしゃいんです。52さいです。 Jangan berikan ruang di antara satu perkataan dengan yang lain.
8
TARIKH SERAHAN TUGASAN
Serahkan tugasan anda semasa perjumpaan bersemuka kali kedua diadakan. Bagi yang telah menyiapkan tugasan menulis ini lebih awal, boleh menghantar kepada Unit Tugasan PPL atau terus kepada pensyarah menerusi alamat di atas.
9
Karangan Unit 1 Pilih beberapa orang daripada anggota keluarga anda dan tulis karangan tentang mereka. Gunakan kosa kata dan struktur ayat yang telah anda pelajari sebelum ini (BBJ 2401) serta dalam UNIT 1(BBJ2402). Tulis karangan anda pada halaman yang difotokopi dengan menggunakan kesemua 160 petak yang disediakan mengikut contoh di bawah. (Satu HIRAGANA satu petak). Halaman 17. Cth: ち は か い し ゃ ん で す 。 5 2 さ
10
KARANGAN UNIT 2 Tulis mengenai perkara-perkara di sekitar dan di dalam rumah anda. Gunakan kosa kata dan struktur ayat yang telah anda pelajari [BBJ 2401, UNIT 1 dan UNIT 2 (BBJ2402)]. Tulis karangan anda pada halaman 47 & 48 dengan menggunakan kesemua 200 petak yang disediakan. (Satu HIRAGANA satu petak ).
11
TUGASAN MEMBACA Tulis dua karangan pendek sebagaimana arahan yang diberikan pada Unit 4 dan Unit 5. Karangan hendaklah ditulis pada lembar yang disediakan dengan menggunakan 250 HIRAGANA untuk Unit 4 (halaman 105) dan 280 HIRAGANA untuk Unit 5 (halaman 128) Kemudian buat rakaman bagi bacaan yang anda lakukan pada kedua-dua karangan yang dihasilkan itu. Untuk setiap karangan, penilaian akan dibuat berdasarkan keaslian dan ketatabahasaannya tetapi anda tidak digalakkan untuk menggunakan kosa kata dan struktur ayat yang belum pernah dipelajari.
12
TUGASAN MEMBACA UNIT 4 Tulis cerita tentang kehidupan harian anda. Gunakan kosa kata dan struktur ayat yang telah anda pelajari [BBJ 2401, UNIT 1, UNIT 2, UNIT 3 dan UNIT 4 (BBJ2402)]. Tulis karangan anda pada halaman yang telah difotokopi dengan menggunakan 250 HIRAGANA. (Satu HIRAGANA satu petak). Kemudian, baca karangan ini dan rakamkan. Halaman 105 & 106.
13
TUGASAN MEMBACA UNIT 5 Tulis karangan tentang percutian anda yang lepas. Gunakan kosa kata dan struktur ayat yang telah anda pelajari [BBJ 2401, UNIT 1, UNIT 2, UNIT 3, UNIT 4 dan UNIT 5 (BBJ2402)]. Karangan anda hendaklah ditulis pada halaman yang telah difotokopi (halaman 128,129 & 130) dengan menggunakan 280 HIRAGANA (satu HIRAGANA satu petak). Kemudian, baca karangan ini dan rakamkan.
14
Tarikh serah tugasan Serahkan karangan yang ditulis serta pita rakaman bacaan berkenaan ke UNIT TUGASAN PPL dua minggu sebelum peperiksaan akhir bermula.
15
Unit 1 Objektif : 1. menyatakan apa-apa yang anda /
orang lain suka atau tidak suka. 2. memahami penggunaan penanda “to”, “ni” dan “mo”. 3. bercerita tentang keluarga anda menggunakan struktur ayat mudah.
16
Penggunaan “suki” Untuk menyatakan apa-apa yang anda suka, gunakan struktur ayat “ga suki desu”. Untuk menyatakan apa-apa yang anda tidak suka, gunakan struktur ayat “ga suki jya arimasen”. Ayat contoh m/s 8.
17
Penanda “ to” dan “ni” Penanda “to” menghubungkan dua atau lebih kata nama di dalam sesuatu ayat. Ayat contoh m/s 9 dan 10. Penanda “ni” menunjukkan masa berlakunya sesuatu perbuatan di dalam ayat itu. Ayat contoh m/s 10 dan 11.
18
Penanda “mo” Penanda “mo”-1 menandakan bahawa ada seseorang atau sesuatu yang lain selain daripada kata nama 1. Ayat contoh m/s 12 Penanda “mo”-2 menandakan bahawa terdapat sesuatu yang lain selain daripada kata nama Ayat contoh m/s 13
19
Unit 2 Objektif : 1. menguasai ayat yang menggunakan “arimasu / imasu”
2. memahami penggunaan penanda “no”, “e” dan “ni” 3. menyampaikan keterangan tentang lokasi / tempat sesuatu dan seseorang.
20
Ayat lokasi Penanda “ni” digunakan untuk menandakan tempat lokasi sesuatu atau sesorang. Struktur ayat ini boleh menerangkan tempat sesuatu atau seseorang berada. Jika topik ayat adalah benda, maka “arimasu” digunakan. Jika topik ayat adalah orang atau haiwan, maka “imasu” digunakan. Ayat contoh m/s 30.
21
Ayat kehadiran Penanda “ga” digunakan untuk menandakan benda atau orang yang berada di sesuatu tempat. Anda boleh menerangkan apa dan siapa berada / hadir di sesuatu tempat dengan menggunakan ayat ini. Contoh ayat m/s 33 dan 34.
22
Penanda “no”, “ni” dan “e”
Penanda “no” ialah untuk menghubungkan dua kata nama. Kata nama pertama akan menerangkan kata nama kedua. Ayat contoh m/s Penanda “ni” menandakan lokasi atau kehadiran sesuatu atau seseorang. Penanda “e” menandakan arah datang, pergi atau kembalinya seseorang yang menjadi topik ayat.
23
Unit 3 Objektif : 1. menggunakan kata adjektif di dalam ayat.
2. memahami penggunaan penjodoh bilangan 3. membina dialog untuk membeli sesuatu barang di kedai.
24
Ayat adjektif Terdapat dua jenis kata adjektif dalam bahasa Jepun iaitu kata adjektif biasa dan kata nama sifatan. Kata adjektif “i” + desu. Kata adjektif “kunai” + desu. Kata nama sifatan + desu. Kata nama sifatan + jya arimasen. Ayat contoh m/s 59.
25
Kata Nama Penerang Kata adjektif + Kata nama
Kata nama sifatan + “na” + Kata nama (Kata nama sifatan memerlukan “na” untuk menerangkan Kata nama. Ayat contoh m/s 61.
26
Pertuturan di Kedai atau di Restoren
Penanda objek “wo” digunakan dalam struktur ayat ini. Ayat ini dituturkan di kedai atau di restoren untuk memberitahu apa-apa yang dikehendaki. Ayat contoh m/s 65
27
Penjodoh bilangan Terdapat banyak penjodoh bilangan dalam bahasa Jepun, tetapi hanya empat sahaja yang diperkenalkan dalam unit ini. Penjodoh bilangan ini mengalami perubahan bunyi apabila digunakan bersama-sama kata bilangan tertentu. Contoh m/s 66 / 67
28
Good Luck *がんばって ください*
Similar presentations
© 2024 slidesplayer.net Inc.
All rights reserved.